MENGENAI KAMI
- Home
- MENGENAI KAMI
KAMI MERUPAKAN SYARIKAT BIDANG ICT DI MALAYSIA
AKF Solutions Sdn Bhd ditubuhkan pada 17 April 2014 dengan beridentitikan Syarikat Sendirian Berhad, Nik Aesah Binti Nik Ahmad dibawah Akta Pendaftaran Syarikat (ROC) 1956 (pindaan 1987).
AKF Solutions Sdn Bhd juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas No. Rujukan Pendaftaran 357-02227938.
AKF Solutions Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputera yang mana teras utama syarikat adalah dalam bidang pembekalan dan penyelenggaraan bagi peralatan ICT, Audio Visual dan Sistem Rangkaian.
AKF Solutions Sdn Bhd mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dalam bidang ICT.
AKF Solutions Sdn Bhd juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

SERVIS KAMI?
AKF Solutions Sdn. Bhd. merupakan syarikat IT di Malaysia. Kami mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam menyediakan perkhidmatan bagi agensi kerajaan mahupun swasta.
Dapatkan khidmat AKF Solutions sekarang dan anda pasti akan gembira dengan hasil yang kami sajikan kepada anda.