Waktu Operasi : Isnin - Jumaat / 9.00 Pg- 6.00 Ptg
The cart is empty

MENGENAI AKF

MEMBANTU ANDA DALAM PERNIAGAAN ANDA BERTERASAKAN ICT

PENGENALAN

AKF Solutions ditubuhkan pada 23 Ogos 2012 dengan beridentitikan syarikat milik perseorangan, Nik Aesah Binti Nik Ahmad dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (ROB) 1956 (pindaan 1987). AKF Solutions adalah sebuah syarikat bertaraf bumiputera yang mana menawarkan khidmat ICT Solutions (One Stop ICT center & Solutions Provider) seperti Computer Sales & Services, Networking & Internet Installation, Printing & Graphic Design, Hosting, Web Design, Web Development, CCTV & Alarm System, LCD Projector Services & Supplies dan Que Management System (QSM). Selain itu, kami juga turut menyediakan khidmat " Training and Consultancy " dan Khidmat Business Marketing Meliputi Branding Consultation dan Rebranding Product.

AKF Solutions mempunyai pekerja yang kreatif, berpengetahuan serta berpengalaman luas untuk menyiapkan apa juga masalah yang ditugaskan yang berkaitan dengan khidmat yang kami tawarkan. AKF Solutions juga yakin mampu berkembang maju atas tekad dan semangat untuk melihat syarikat bumiputera melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan samada dari sudut kualiti, perkhidmatan, produk, nilai kerja serta pengurusan syarikat. Wawasan kami adalah untuk memastikan semua pelanggan mendapat kepuasan setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan, "kepuasan hati pelanggan, matlamat utama kami" .

VISI

Menjadi syarikat ICT yang Berdedikasi dan Berdaya Maju Seiring dengan Perkembangan IT Dunia

MISI

Melaksanakan tugas dengan Amanah dan Jujur

FALSAFAH

Kami berusaha untuk memastikan kakitangan kami supaya sentiasa memberikan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan permintaan di masa hadapan.

AKF SOLUTIONS SDN BHD, H-01-05, Jalan SS6/16A, Dataran Glomac, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 016-2052529    



SiteLock

Jumlah Pelawat

Today21
Yesterday92
This week169
This month451
Total7314

Who Is Online

2
Online

2020-04-08